Skip to content
Home » Blog » Mesin Retort – Jangan Main Beli

Mesin Retort – Jangan Main Beli

Kalau ini ayat yang anda gunakan bila berurusan dengan pembekal (supplier), tolong berhenti.

Ini kesilapan paling besar yang kerap dilakukan oleh usahawan makanan.

Sepanjang kami dalam bidang teknologi retort ini, tak terhitung berapa ramai usahawan yang datang mengadu kepada kami yang mereka tersilap beli mesin. 

Salah Cara

Duit dah lebur beribu-ribu ringgit, tapi mesin yang sampai akhirnya tersadai sahaja di dalam stor. 

Sebabnya, bila guna pouch, pouch pecah.

Bila pakai botol kaca, botolnya retak. Bila guna botol plastik, habis kemek.

Puncanya?

Bukan salah supplier 100%, tapi sebab kita sendiri yang tak tahu spesifikasi (specification) yang betul untuk produk kita.

Tak Sesenang Yg Disangka

instruktor sedang menggunakan mesin retort makanan 100 liter

Perkataan “retort” itu sebenarnya terma umum untuk mesin yang berfungsi menaikkan suhu sekitar 121°C dengan kawalan masa dan tekanan (pressure) tertentu.

Tapi membeli mesin retort ini sebenarnya kena tahu :

  • Ada retort untuk kegunaan perubatan (medical).
  • Ada retort khas untuk makanan.
  • Sistem pemanasan mesin pun berbeza: Ada jenis stim (steam), jenis rendaman air (water submergence), dan jenis semburan (water spray).
  • Setiap jenis mesin ini ada yg sesuai dengan jar kaca sahaja, ada dengan pouch sahaja dan ada pula untuk kedua-duanya.

Bila spesifikasi mesin tak betul dengan produk anda, memang akan jadi masalah.

Kerja Pembekal Cuma Jual

Bila kita mengadu pada supplier dan cakap mesin tak boleh guna, sebenarnya mereka tak salah.

Kita minta “mesin retort,” mereka jual pada kita mesin retort. 

Tapi hakikatnya, cuma segelintir kecil sahaja pembekal yang faham tentang operasi teknikal retort makanan, dan bukan semua usahawan faham apa yang mereka beli.

Saranan kami, jangan mudah terpikat dengan harga yang murah atau reka bentuk yang nampak canggih.

Ia mungkin tidak sesuai dengan produk anda.

Kesimpulan: Cari Ilmu Dulu

Sebelum keluarkan modal yang besar untuk beli mesin, carilah orang yang betul-betul mahir dalam bidang retort makanan untuk dapatkan nasihat. 

Belajar ilmu teknikalnya dahulu.

Biarlah cerewet di fasa pemilihan, supaya tidak menangis bila mesin yang dibeli tak boleh diguna dikemudian hari.