Skip to content

Apa Kelebihan Retort?

1. Untuk Pengusaha Makanan

Pasaran Lebih Besar : Dengan retort, hasil makanan kini bukan sahaja boleh di jual di warung atau restoran anda. Ia kini boleh diletak di rak depan kedai, dipasarkan ke hypermarket atau dihantar melalui pos ke luar negara kerana ia tahan lama pada suhu bilik.

Bina Jenama Sendiri : Pouch retort membolehkan artwork yang lebih besar diletak di bahagian depan dan belakang berbanding tin. Jenama anda bakal lebih terserlah dan mudah diingati.

Simpan Stok : Dengan pouch yang nipis, ringan dan fleksibel, makanan retort boleh disimpan dengan kuantiti yang banyak berbanding yang makanan dalam tin.

Jimat Kos : Makanan yang telah diretort boleh disimpan pada suhu biasa. Jadi anda tidak perlu mengeluarkan pelaburan besar untuk menyediakan bilik sejuk khas untuk makanan anda. Ia juga lebih murah untuk dihantar & disimpan kerana ianya lebih ringan dan fleksibel.

Makanan Selamat : Dengan retort, makanan yang anda hidangkan adalah sihat dan selazat makanan baru dimasak kerana tidak memerlukan sebarang tambahan pengawet, garam atau gula.

Jualan Lebih Banyak : Makanan anda kini tidak terhad dengan jualan di restoran. Pelanggan anda boleh membawa pulang paste ataupun lauk pauk anda, dan membelinya dengan kuantiti banyak sebagai stok mereka.

Membina Empayar: Anda kini boleh menjual produk anda melalui agen, di laman web, mahupun media sosial. Potensi untuk menjadi gergasi makanan dunia seperti Heinz atau Nestle kini terbuka luas untuk anda juga.

2. Untuk Pengguna

Sihat & Selamat : Makanan yang diretort tidak menggunakan sebarang pengawet. Jadi ia adalah sajian sihat dan selamat untuk seisi keluarga.

Kekal Sedap : Pouch retort dibuat agar ianya “inert”. Ini bermakna bekas retort tidak bertindakbalas atau meresap masuk ke dalam makanan, sekaligus membuatkan rasa masakan di dalamnya kekal lazat.

Kekal Berkhasiat : Oleh kerana makanan retort terpelihara dari kerosakan semulajadi (oleh bakteria), dan dalam keadaan terpelihara di dalam ruang kedap udara, ia kekal berkhasiat untuk tempoh yang lama.

Lauk Panas Yang Pantas : Untuk lauk panas dalam 3 minit, anda hanya perlu merendam pouch retort makanan ke dalam air panas, ataupun gunakan microwave sahaja.

Ready to Eat : Jika anda tidak mahu memanaskan makanan, makanan dalam retort pouch boleh terus dibuka dan sedia untuk seisi keluarga.

Mesra Anak & Orang Tua: Membuka pouch retort adalah cukup mudah untuk kanak-kanak mahupun warga emas. Ini berbeza dengan makanan dalam tin atau yang dalam botol yang memerlukan alat khas atau tenaga untuk dibuka oleh mereka.

Sesuai Sebagai Stok : Kini, lauk pauk berkhasiat untuk keluarga senang dirancang. Dan oleh kerana makanan yang diretort tahan sehingga 2 tahun, persediaan menghadapi bencana lebih mudah. Makanan ready-to-eat boleh disediakan walaupun tanpa air, dapur, gas ataupun elektrik.

3. Untuk Agensi Kerajaan

Siapsiaga Awal: Agensi kerajaan seperti agensi bencana boleh melakukan persediaan makanan awal. Ini kerana makanan dalam pouch retort boleh disimpan untuk dalam keadaan standby sehingga 2 tahun untuk sebarang bencana atau darurat.

Senang Dihantar : Makanan di dalam pouch retort lebih ringan, mudah dikendalikan dan tidak memerlukan bekas atau kenderaan khas untuk dihantar.

Makanan Tersedia Pantas : Dengan pouch retort, makanan ready-to-eat dengan gizi harian yang mencukupi tersedia serta merta. Ini penting di kawasan mangsa yang terputus bekalan elektrik, air bersih dan gas ataupun berlaku pencemaran air di sekelilingnya (e.g mangsa banjir di pusat pemindahan, yang terperangkap di rumah/ bumbung).

Tahan Lasak : Pouch retort tahan haba, tidak rosak bila terkena air, sukar tercemar dan sukar ditebuk. Ini menjadikan ia jenis bekas makanan yang ideal digunakan untuk apa jua keadaan.

Kurang Pembaziran : Jika pouch makanan retort mempunyai ziplock, bakinya boleh dimakan lagi pada hari yang sama dan disimpan dengan mudah.

Menjimatkan Kos : Ia tidak memerlukan penghawa dingin untuk penyimpanan. Ini sekaligus mengurangkan kos untuk penyediaan makanan pantas skala besar ( e.g. banjir, wabak, haji).

Sisa Mudah dibuang : Berbeza dengan masakan dalam tin, ataupun yang di masak on-site yang mempunyai sisa pepejal yang banyak, pouch makanan retort adalah nipis dan mudah untuk diuruskan. Sesetengahnya juga mesra alam dan boleh dikitar semula.

Risotto ready-to-eat yang menggunakan teknologi retort dari Ishi Food Japan. Ini antara makanan yang digunakan sebagai makanan siapsiaga untuk bencana alam seperti gempa bumi dan taufan di Jepun. Ia antara set makanan kecemasan dari syarikat itu yang telah dipasarkan sejak tahun 2012 . Kredit : Ishi Food