Skip to content

Siapa Kami

Pakar Teknologi Makanan Malaysia

Konsultan kami di RetortLab adalah antara nama yang paling dipercayai & dihormati dalam industri makanan di Malaysia.

Beliau mempunyai kelulusan Master di bidang Food Science & Microbiology dari Glasgow, Scotland manakala pengarah kami berpendidikan dalam bidang Commerce di Sydney, Australia.

Selain merupakan certified trainer dalam bidang teknologi makanan, konsultan kami juga adalah mantan pensyarah senior dalam bidang teknologi makanan di Universiti Kuala Lumpur, UNIKL.

Dengan pengalaman luas beliau, Retortlab telah dilantik sebagai konsultan untuk syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri retort & makanan serta kerap dipanggil untuk memberi ceramah dan kursus retort oleh pihak swasta.

Agensi kerajaan Malaysia turut memberi kepercayaan kepada RetortLab untuk mengendalikan latihan retort kepada ahli mereka.

Antaranya agensi kerajaan ini termasuklah MARA, RISDA, FAMA, LKIM dan KEDA.

Bantuan Penuh Dari A Hingga Z

Objektif kami adalah untuk membantu pengusaha makanan berskala kecil dan sederhana (SME) secara menyeluruh.

Kami fokus untuk membimbing anda bermula dari zero sehingga ke tahap berjaya menghasilkan produk retort berskala besar di premis anda sendiri.

Bantuan retort kami adalah komprehensif — bermula dari kelas retort, pembelian mesin yang sesuai, pemasangan mesin di premis, tunjuk ajar mengendalikan mesin di premis anda, sehingga bantuan bersama di kumpulan sokongan Whatsapp.

Untuk usahawan baru, kami juga menyediakan perkhidmatan meretort makanan mereka. Ini membolehkan usahawan kecil menghasilkan jenama sendiri tanpa perlu melabur untuk mesin retort.

40 Tahun Pengalaman Industri Makanan

Pengalaman kami meliputi aspek teori dan praktikal.

Dan interaksi kami dengan pemain industri berskala kecil dan sederhana (SME) milik bumiputera membolehkan kami memberikan solusi khas yang sesuai dengan keperluan anda.

Selain pengalaman dalam industri makanan, kami juga mempunyai latarbelakang korporat & kewangan yang meliputi pelbagai industri — dari gas dan penerbangan kepada perhotelan.

Pendek kata, di RetortLab anda bakal mendapat tunjuk ajar & bantuan dari pakar bertauliah dan pengalaman yang sukar didapati di mana-mana di Malaysia.

Shahrul Fazli

Director RetortLab Malaysia

Ramli Man

Technical Consultant RetortLab Malaysia