Soalan Lazim / FAQ
Menjawab persoalan yang selalu ditanyakan kepada kami.
FAQ Tentang Retort
Apa yang boleh diretort?
Banyak makanan dan minuman yang boleh di retort. Antaranya :-
- Makanan siap dimasak samada berkuah atau kering.
- Nasi, samada nasi putih yang telah dimasak atau nasi goreng.
- Pes makanan.
- Minuman samada bersusu, yg menggunakan jus buah atau tidak.
Senarainya tidak terhad kepada di atas. Anda boleh hubungi kami jika produk yang anda ingin retort bukan seperti di atas.
Contoh produk yang diretort di seluruh dunia boleh dilihat di sini.
Adakah retort menggunakan pengawet?
Tidak. Makanan atau minuman yang diretort tidak perlukan pengawet.
Ini kerana proses meretort telah membunuh mikrob yang merosakkan makanan.
Akan tetapi adalah penting bahawa proses meretort dilakukan dengan sempurna, agar makanan kekal segar lama.
Proses ini memerlukan ilmu teori dan teknikal serta penggunaan mesin dengan betul.
Makanan retort selamat untuk dimakan ke?
Ya. Makanan yang melalui proses retort yang sempurna selamat untuk dimakan.
Makanan retort lazimnya tahan sehingga 2 tahun lamanya.
Pouch retort juga tidak bertindakbalas dengan makanan dan haba.
Ini menjadikan ia lebih selamat jika dibandingkan dengan makanan di dalam tin yang mungkin tercemar hanya kerana tin tersebut kemek.
Apa jadi pada zat makanan pada makanan retort?
Untuk makanan sedia dimakan (RTE) atau utk eksport, retort antara pilihan terbaik.
Ini kerana ia mengekalkan kebanyakan nutrisi pada makanan, tanpa sebarang bahan kimia.
Berikut adalah apa yg terjadi pada nutrisi utk makanan retort :-
- Vitamin C & B biasanya berkurangan kerana ini antara vitamin yg sensitif.
- Vitamin lain seperti A, D, E tidak banyak berubah.
- Amino asid tidak banyak berubah.
- Serat dan mineral kekal.
Cuma terdapat perbezaan tekstur.
Protein menjadi lebih mudah dihadam.
Serat pula menjadi semakin lembut.
Kesimpulannya, kebanyakan nutrisi, kecuali yg paling sensitif, hampir sama dengan makanan yg baru dimasak.
Oleh sebab itu, tidak hairanlah makanan retort digunakan dgn meluas sebagai makanan bayi di Jepun.
Berapa lama makanan retort boleh tahan?
Secara amnya makanan retort boleh tahan sehingga 2 tahun.
Akan tetapi mengikut pengalaman kami di RetortLab, ada juga produk yg melalui proses retort yg sempurna, masih bebas bakteria walaupun setelah 6 tahun.
Macam mana boleh tahan lama begitu?
Makanan menjadi rosak disebabkan beberapa faktor.
Antara yang paling utama ialah kehadiran mikrorganisma pada makanan tersebut.
Proses retort menghapuskan semua mikroorganisma yang merosakkan makanan. Ini termasuk mikrob yang sukar dihapuskan dengan teknik pengawetan biasa.
Ketiadaan mikrob di dalam makanan retort menyebabkan makanan di dalam pouch retort boleh bertahan sehingga tempoh masa yang lama.
Apa beza guna retort vs guna pengawet
Dari segi kos, menggunakan pengawet adalah pilihan yg lebih murah untuk pengeluar makanan.
Akan tetapi selain dari itu, retort mempunyai kelebihan besar.
Pertama, makanan retort amnya tahan hingga 2 tahun manakala makanan dengan pengawet lebih rendah dari itu. Ini kerana pengawet memperlahankan pertumbuhan bakteria manakala retort menghapuskan terus bakteria dari makanan.
Kedua, makanan dengan pengawet lazimnya mempunyai sedikit rasa pahit atau bau disebabkan oleh kimia. Makanan yg diretort dgn cara betul pula kekal seperti rasa asli.
Ketiga, makanan retort adalah lebih sihat berbanding makanan yg diawet menggunakan bahan kimia. Ini antara sebabnya makanan bayi yg melalui teknologi retort sangat popular di Jepun.
Apa beza makanan retort vs makanan dalam tin ?
Secara amnya kedua-duanya melalui proses yg sama.
Iaitu menghapuskan semua bakteria dgn suhu dan tekanan tinggi.
Oleh sebab itu, makanan dlm tin sebenarnya tidak memerlukan sebarang pengawet utk tahan lama.
Bezanya hanya dari segi bekas simpanan -- iaitu pouch berbanding tin.
Tapi utk pengeluar makanan, bezanya besar.
Kos utk mengeluarkan makanan dalam tin jauh lebih besar dari makanan dlm pouch retort.
Sebagai anggaran, kos utk permulaan bagi makanan dlm tin memerlukan kos sekitar RM 15,000 ke atas manakala mesin retort saiz kecil bermula dari RM 2500 utk mesin yg baik.
Apa kekurangan retort
Antara kekurangan teknik retort adalah seperti berikut :
- Kos - Untuk meretort, anda perlukan mesin retort. Mesin retort yg baik utk skala kecil berharga sekitar RM 2500 ke atas.
- Tektur & rasa makanan mungkin berubah - Haba tinggi & tekanan mungkin membuat makanan terlebih masak. Ini menyebabkan tidak semua makanan boleh diretort. Sayuran hijau umpamanya mungkin hancur apabila dikenakan suhu dan tekanan tinggi. Rempah juga (seperti kehadiran buah pelaga) mungkin menyebabkan tambahan rasa pahit kepada makanan.
- Risiko Bocor - Pouch atau balang kaca bocor adalah antara isu utama yg lazimnya dialami oleh mereka yg baru dalam industri ini. Akan tetapi ia boleh dielakkan dgn tunjukajar yg betul.
- Tidak sesuai utk semua makanan - Jika makanan anda jenis rangup, retort tidak sesuai. Ini kerana ia menghilangkan kerangupan dan melembutkan makanan anda. Teknik Flash Freeze mungkin lebih sesuai.
FAQ Mesin Retort
Apakah kegunaan mesin retort?
Mesin retort digunakan untuk mensterilkan makanan yang ingin diretort.
Mesin retort juga dikenali sebagai “Autoclave” atau “Steriliser” -- sejenis mesin yang mempunyai ruang berbentuk silinder yang mampu dipanaskan sehingga suhu 125 darjah Celsius dan menampung tekanan sehingga 0.2 mpa.
Tekanan ini bersamaan dengan 29 psi dan menghampiri tekanan pada tayar kereta kecil, iaitu 30 psi.
Makanan yang telah diisikan dan di “seal” di dalam “pouch” dan bekas (kaca/aluminum) khas, akan disusun di dalam mesin retort tersebut.
Kombinasi haba dan tekanan yang dihasilkan oleh mesin retort akan membunuh mikrob di dalam makanan sehingga makanan tersebut dan isi di dalam bekas makanan tersebut bebas dari sebarang mikrob.
Ada tak mesin retort saiz kecil?
Ya, ada.
Saiz mesin retort kecil untuk usahawan kecil dan sederhana bermula dari dari saiz 18 liter sehingga 1,000 liter ke atas.
Untuk usahawan kecil, mesin 24 liter contohnya mampu meretort 60 - 70 pouch retort sehari.
Cara guna semua mesin retort sama ke?
Tidak.
Cara pemanasan mesin retort berbeza-berbeza mengikut keperluan.
Secara amnya, terdapat mesin yang menggunakan stim air sahaja dan ada mesin yang menggunakan rendaman atau semburan air sebagai kaedah pemanasan.
Oleh sebab itu kami sarankan anda ikuti kelas kami untuk mempelajari teknik meretort yang tepat dengan mesin yang anda bakal gunakan.
Boleh tak mesin retort meretort produk selain dalam pouch retort?
Ya. Selain pouch retort, mesin retort juga boleh digunakan untuk meretort produk makanan dalam balang kaca (contohnya sambal).
Berapa harga mesin retort?
Harga mesin retort tertakluk kepada spesifikasi dan saiz mesin tersebut.
Ia boleh didapati pada harga serendah RM1,500 bagi unit yang paling asas.
Retortlab ada sewakan mesin retort tak?
Pihak RetortLab tidak menyewakan mesin retort.
Tetapi kami menyediakan perkhidmatan di mana usahawan boleh menghantar makanan bagi diretort oleh pihak kami.
Mengapa tak kukus atau rebus sahaja untuk awet makanan?
Teknik mengukus hanya meningkatkan suhu sehingga 100 darjah Celcius. Teknik merebus dan menambah garam kepada air rebusan pula hanya meningkatkan suhu kepada 105 darjah Celcius sahaja.
Kedua-dua teknik ini sesuai & memadai untuk beberapa jenis makanan. Tetapi ia tidak membolehkan makanan tahan lama seperti makanan yang melalui proses retort.
Ini kerana teknik rebus & kukus tidak berupaya untuk membunuh semua mikroorganisma yang merosakkan makanan.
Boleh tak retort makanan sendiri di rumah?
Retort makanan boleh dilakukan di rumah -- dengan syarat ia menggunakan mesin retort.
Peralatan dapur seperti “pressure cooker” kadangkala digunakan di rumah bagi pengeluaran yang kecil.
Walaubagaimanapun, ada beberapa kelemahan alat tersebut. Antaranya ia tidak dapat memberi bacaan suhu semasa, tidak memberikan kawalan haba yang konsisten dan tidak dapat mengawal tekanan selepas tempoh pensterilan berakhir.
Ini menyukarkan proses retort dijalankan dengan sempurna.
Hasilnya, produk hasil retort menggunakan pressure cooker di rumah cepat rosak dan tidak sesuai untuk dipasarkan untuk perniagaan.
Bahaya tak mesin retort?
Seperti mesin-mesin lain, ia selamat jika digunakan dengan cara yang betul.
Mesin retort menggunakan haba & tekanan tinggi. Oleh sebab itu, mempelajari cara penggunaan mesin dari pakar adalah sangat penting.
Memilih mesin yang dengan buatan yang kukuh juga amat penting. Oleh sebab itu, kami memastikan yang mesin retort 100L dan 150L yang dibekalkan oleh kami terlebih dahulu diluluskan oleh pihak Department of Occupational and Safety Health Malaysia (DOSH).