Skip to content

Mesin Retort Kami

Ini adalah mesin-mesin retort makanan untuk usahawan makanan bersaiz kecil dan sederhana di Malaysia yang ditawarkan oleh RetortLab.

mesin retort makanan 150 Liter di Malaysia

Mesin 150 Liter

Mesin retort makanan 150 liter ini adalah unit mesin yang terbesar yang kami tawarkan untuk pengusaha makanan bersaiz sederhana.

Mesin ini bukan sahaja sesuai untuk meretort produk makanan di dalam pouch tetapi juga boleh digunakan untuk meretort produk makanan dalam balang kaca.

Anggaran kapasiti : 600 -700 pouch sehari/ 1000 jar kaca.

  • Percuma - Kursus praktikal 1 hari bernilai RM 350.
  • Percuma - Tunjuk ajar cara penggunaan mesin di premis anda.
  • Percuma - Khidmat nasihat dari pakar selepas pembelian.

  • 2 fungsi pemanasan (stim & rendaman)
  • STIM - Pemanasan stim sesuai bagi proses retort pouch makanan.
  • RENDAMAN - Pemanasan rendaman (immersion) pula sesuai bagi retort balang kaca dan botol minuman.
  • Termasuk bakul, pump air & kompressor.
  • Mesin disahkan selamat & diluluskan oleh Department of Health and Safety, Malaysia (DOSH).

Mesin 100 Liter

Mesin retort makanan 100 liter ini pula merupakan unit yang sesuai bagi pengeluaran makanan retort dalam kadar sederhana dan pusingan produksi yang cepat.

Ia juga boleh digunakan untuk meretort produk makanan dalam pouch retort & balang kaca.

Anggaran kapasiti : 400 -500 pouch sehari/ 800 jar kaca.

  • Percuma - Kursus praktikal 1 hari bernilai RM 350.
  • Percuma - Tunjuk ajar cara penggunaan mesin di premis anda.
  • Percuma - Khidmat nasihat dari pakar selepas pembelian.

  • 2 fungsi pemanasan (stim & rendaman)
  • STIM - Pemanasan stim sesuai bagi proses retort pouch makanan.
  • RENDAMAN - Pemanasan rendaman (immersion) pula sesuai bagi retort balang kaca dan botol minuman.
  • Termasuk bakul, pump air & kompressor.
  • Mesin disahkan selamat & diluluskan oleh Department of Health and Safety, Malaysia (DOSH).

mesin retort makanan medium, 100 Liter Malaysia
mesin retort makanan mini di Malaysia - 24 liter

Mesin 24 Liter

Mesin retort makanan 24 liter adalah mesin mini / paling kecil di dalam katalog kami.

Ia merupakan mesin permulaan atau entry level bagi usahawan yang ingin menjalankan operasi retort dengan modal yang kecil.

Kebanyakan usahawan akan bermula bersama unit ini, malah kami dari RetortLab menggunakan mesin ini di waktu permulaan operasi kami 5-6 tahun yang lalu.

Mesin mini 24 liter ini sering kami gunakan bagi kursus-kursus kami sebagai asas amali retort.

Anggaran kapasiti : 60 -70 pouch sehari / 130 jar kaca.

 

  • Percuma - Khidmat nasihat selepas pembelian.

  • 1 fungsi pemanasan (stim) - stim sesuai bagi proses retort pouch makanan.
  • Tray bertingkat x 4 bagi pengeluaran optimum.
  • Digital & sensor paras air untuk memudahkan penggunaan.
  • Valve tekanan keselamatan.
  • Dengan modifikasi utk peredaran haba & air lebih efisyen.
  • Timer dan alarm bagi pengawasan masa retort yang sesuai.