Kelas Retort Intensif
Ini adalah kelas retort yang paling popular & komprehensif di RetortLab.

KELAS RETORT INTENSIF
Jadikan Produk Anda Tahan Hingga 2 Tahun (Tanpa Peti Sejuk & Pengawet)
Dalam kelas ini anda akan diberi panduan penuh cara mengawet produk anda agar ia tahan lama dgn menggunakan teknologi retort.
Anda belajar teori retort secara online, kemudian anda hadir bersama produk anda untuk sessi praktikal dengan pakar retort kami di Bangi.
Anda akan pulang dengan produk anda yang telah siap diretort.
Belajar Online + Bersemuka
Agar anda mahir, kami bahagikan kursus intensif ini kepada 2 sessi.
- Sessi Online — Anda akan belajar & kuasai asas retort secara online (melalui video rakaman). Dari teori hinggalah kepada cara menggunakan mesin dengan betul. Anda belajar melalui video sebelum datang ke sessi praktikal.
- Sessi Praktikal Dgn Pakar — Anda akan berjumpa instruktor Retortlab (di workshop Bangi). Bawa masakan/produk makanan anda & retort menggunakan mesin kami. Tanya soalan, minta tunjuk ajar dan bantuan pakar secara berdepan.
Apa Yg Anda Dapat?
Sessi Online
- Boleh belajar retort sampai pandai - Kami beri anda akses video rakaman (teori & amali) selama 6 bulan.
- Tahu cara guna mesin kecil & besar - Kami ajar cara guna mesin kecil 24L & sederhana 100L
- Pandai sebelum dtg praktikal - Anda akan faham teori & cara kendali mesin sebelum hadir ke sessi praktikal apabila anda habiskan kesemua video
- Boleh belajar secara flexible - Belajar bila2 masa dgn video rakaman kami, di mana2 sahaja.
- Senang cari rujukan - Produk diretort tak menjadi? Ulang tengok video dan lihat cara betul utk retort. Kalau masih tak clear, Whatsapp kami saja.
Sessi Amali/Praktikal
- Buat amali dengan kami - Anda retort produk anda, secara praktikal, face to face dgn pakar retort kami.
- Boleh tanya pakar terus - Ada soalan yg spesifik utk produk anda? Anda boleh tanya terus kepada instruktor kami semasa sessi praktikal.
- Anda retort produk sendiri - Bawa produk anda, retort di bawah tunjukajar kami & lihat samada produk anda sesuai atau tidak utk retort sebelum anda labur beli mesin retort.
- Boleh kenali usahawan lain - Peluang networking dgn usahawan lain sebelum/selepas kelas.
- Dapat bantuan yg betul - Sebarang persoalan selepas kelas boleh dibuat melalui group Whatsapp dan dijawab oleh instruktor kami.
- Diberikan sijil - Sijil penyertaan kami berikan utk anda yg ingin menggunakannya bagi memohon geran mesin dari agensi kerajaan.
Kandungan Kursus
Berikut adalah module di dalam kelas intensif kami.
Pengenalan Pemprosesan Makanan
- Faktor-faktor menyebabkan kerosakan makanan
- Penyelidikan terhadap bahan makanan secara saintifik
- Sifat saintifik bahan makanan
Kaedah Pengawetan
- Pengenalan proses retort sebagai kaedah memanjangkan jangka hayat makanan
- Cara pemprosesan makanan secara skala perkilangan/industrial
Pengiraan Saintifik
- Fo, D-Value dan Z-Value dalam pengiraan sterilisasi makanan
- Cara kiraan saintifik untuk meningkatkan kejayaan R&D resepi menggunakan mesin retort
- Kesesuaian bekas makanan retort
Cara Menggunakan Mesin Retort
- Spesifikasi pouch, botol, sealer yang baik dan sesuai.
- Cara menyusun produk makanan yg betul utk mengelakkan makanan gagal diretort dgn baik.
- Cara menggunakan mesin 24 L
- Cara menggunakan mesin 100 L
AMALI / PRAKTIKAL : Perincian Cara Menggunakan Mesin Retort
- Sesi amali 1/2 hari dgn pakar.
- Pihak RetortLab akan menyediakan mesin retort bersaiz 24 liter bagi sesi amali bersama peserta.
- Peserta boleh meretort produk sendiri (sila inform kami terlebih dahulu) di bawah bimbingan kami secara bersemuka
Recap dan Q&A
Mesin retort dibuka dan produk dipulangkan kepada peserta.
- Diajar oleh mantan pensyarah Teknologi Makanan, UniKL
- 15 orang setiap sessi
- Google Review 5 STAR
- 3,000++ pelajar telah bersama kami
MASALAH SEBENAR
Anda dah cuba macam-macam. Tapi produk masih tak tahan lama.
Kena masak fresh setiap hari sebab produk tak tahan lama — susah nak scale, susah nak rehat.
Risau customer komplen produk basi bila delivery lambat sikit — reputasi susah dibina, senang rosak.
Nak masuk pasaraya atau eksport pun susah — semua bergantung pada cold-chain yang mahal.

TEMPAT KOSONG UTK KELAS INTENSIF :
July 2026 : (TELAH PENUH)
Ogos 2026 : SABTU, 22 Ogos (masih ada kekosongan)
SIAPA KAMI?
Pakar Teknologi Makanan Malaysia.

Ramli Man
ANTARA PELOPOR TEKNOLOGI RETORT DI MALAYSIA
Mantan pensyarah kanan Teknologi Makanan, Universiti Kuala Lumpur. Lulusan Biologi UKM & Master Food Science, University of Strathclyde.

Shahrul Fazli
PENGARAH & TRAINER UTAMA
Graduan Bachelor of Commerce, UNSW. Dilatih terus di bawah Ramli Man. Berpengalaman melatih agensi kerajaan.
- Pengalaman dalam teknologi retort sejak 1980an
- Ex-penyelidik teknologi makanan MARDI
- Trainer retort utk pelbagai agensi kerajaan & universiti
- Advisor pelbagai syarikat makanan
Buat Makanan Anda Tahan 2 Tahun++
Join kelas retort kami & belajar cara yg betul untuk buat produk anda tahan lama — tanpa peti sejuk & tanpa pengawet. Dan kembangkan bisnes anda dengan produk ready to eat (RTE) ke supermarket, online serta ke luar negara.
KAMI DI LAPANGAN
Antara Klien Kami – Agensi Kerajaan, Swasta, Universiti






Buat Makanan Anda Tahan 2 Tahun++
Join kelas kami & belajar cara betul untuk buat produk anda tahan lama — tanpa peti sejuk & tanpa pengawet. Dan kembangkan bisnes anda dengan produk ready to eat (RTE) ke supermarket, online serta ke luar negara.
3,000+ Usahawan Sudah Belajar Dengan Kami. Ini Kata Mereka.
★★★★★
“Sangat berpuas hari dgn penerangan dari Retort Lab ni.
Tenaga pengajar yang berpengalaman dan ada certificate dlm microorganism. So mmg sgt2 tahu berkaitan biology makanan dan bakteria. Santai je cara belajar.
Ramai founder RTE food yang menimba ilmu dari Retort Lab ni.”
Farah Shahrin — Usahawan SME
★★★★★
“Very informative and good class.
Sharul will answer all of our questions with detailed information.
You will also get a module and reccomended suppliers.
Overall its a very good training and cant wait to grow and buy a bigger machine from them. 10 STARS!.”
Liana Holden Legacy — Usahawan SME
★★★★★
“Kursus retort ni memang padu habis! Dari segi isi kandungan, silibus dia memang tersusun dan mudah nak hadam, tak kira kau baru mula atau dah ada pengalaman sikit.
Trainer semua power, memang pakar dalam bidang ni. Yang paling best, tak lokek ilmu langsung — semua diajar dari A sampai Z dengan penuh semangat.
Kalau korang tengah fikir nak join ke tak — jangan fikir lama-lama. Memang berbaloi! 💯”
Ridzuan Adli — Usahawan SME
Siapa Kami ?
Ramli Man
Konsultan Teknikal
Dalam bidang retort, Tuan Ramli Man dikenali sebagai pakar retort no 1 di Malaysia.
Selain merupakan moderator di group FB Retort Malaysia, beliau juga merupakan bekas pensyarah senior Teknologi Makanan di UniKL.
Beliau memegang lulusan Biologi dari UKM dan Master dalam bidang Food Science dari University Of Strathclyde, Scotland.
Sepanjang karier beliau bersama Dewina Food, MARDI dan UniKL, Tuan Ramli Man telah membimbing dan terlibat sebagai konsultan utk pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta jenama produk makanan di negara ini.
Shahrul Fazli
Pengarah
Graduan Bachelor of Commerce dari UNSW, Australia, saudara Shahrul mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan korporat sepanjang karier beliau bersama UEM, Malakoff, HeiTech Padu dan Khazanah Nasional.
Di bawah tunjuk ajar, bimbingan dan latihan berterusan di bawah Tuan Ramli Man, beliau kini memikul tanggungjawab sebagai salah seorang trainer utama dalam latihan retort makanan di Retortlab Malaysia.
Sepanjang menjadi trainer, beliau telah melatih dan memberi khidmat nasihat berkaitan proses retort kepada agensi kerajaan (dari MARA hingga Koperasi Malaysia), pelbagai startup, selain terlibat secara langsung dalam operasi mesin dan pemantauan proses semasa sesi latihan.
Feedback Peserta
Dipercayai Oleh Usahawan Seluruh Malaysia
3,000+
graduan dilatih
5/5 ★
rating Google
40+ tahun
dalam industri makanan
8+
agensi kerajaan dilatih
Soalan Yang Selalu Ditanya
SESSI PRAKTIKAL RETORT
Jadual Kelas Retortlab – Kalendar 2026
Setiap kelas bersemuka kami hanya utk 15 peserta. Lokasinya di premis kami di Bdr Baru Bangi, Selangor.
Berikut adalah status kelas terkini kami untuk tahun 2026.
November
Oktober
Buat Makanan Anda Tahan 2 Tahun++
Join kelas kami & belajar cara betul untuk buat produk anda tahan lama — tanpa peti sejuk & tanpa pengawet. Dan kembangkan bisnes anda dengan produk ready to eat (RTE) ke supermarket, online serta ke luar negara.











