Khidmat Nasihat RetortLab

Bina Jenama Sendiri Tanpa Pelaburan Besar
Di Retortlab, fokus kami adalah untuk membantu pengusaha makanan berskala kecil dan sederhana (SME) secara menyeluruh.
Kami bimbing anda bermula dari tiada ilmu mengawet makanan sehingga ke tahap anda berjaya menghasilkan produk retort berskala besar di premis anda sendiri.
Bantuan retort kami adalah komprehensif — bermula dari kelas retort, pembelian mesin yang sesuai, pemasangan mesin di premis, tunjuk ajar mengendalikan mesin di premis anda, sehingga bantuan bersama di kumpulan sokongan Whatsapp.
Untuk usahawan baru, kami juga menyediakan perkhidmatan meretort makanan mereka. Ini membolehkan usahawan kecil menghasilkan jenama sendiri tanpa perlu melabur untuk mesin retort.
Tenaga Pakar
Tenaga kerja kami mempunyai kelulusan Master di bidang Food Science & Microbiology dari Glasgow, Scotland dan kelulusan dalam bidang Commerce di Sydney, Australia.
Pengajar kami merupakan bekas pengarah di MARDI dan mantan pensyarah senior dalam bidang teknologi makanan di Universiti Kuala Lumpur, UNIKL.
Kami juga adalah konsultan untuk beberapa syarikat yang terlibat dalam industri retort dan makanan dan kerap dipanggil untuk memberi ceramah dan kursus retort oleh pihak swasta.
Selain itu, agensi kerajaan Malaysia turut menggunakan khidmat kami untuk latihan retort mereka.
Antaranya termasuklah MARA, RISDA, FAMA, LKIM dan KEDA.


40 Tahun Pengalaman Industri Makanan
Di RetortLab, tenaga pakar kami diketuai oleh food technologist yang mempunyai lebih 40 tahun pengalaman dalam industri makanan.
Pengalaman kami meliputi aspek teori dan praktikal. Dan interaksi kami dengan pemain industri berskala kecil dan sederhana (SME) milik bumiputera membolehkan kami memberikan solusi khas yang sesuai dengan keperluan anda.
Selain pengalaman dalam industri makanan, kami juga mempunyai latarbelakang korporat dan kewangan– dari industri gas dan penerbangan kepada bidang perhotelan.

Shahrul Fazli
Director RetortLab Malaysia

Ramli Man
Technical Consultant RetortLab Malaysia