Skip to content

Soalan Lazim / FAQ

FAQ Tentang Retort

Banyak makanan dan minuman yang boleh di retort. Antaranya :-

  • Makanan siap dimasak samada berkuah atau kering.
  • Nasi, samada nasi putih yang telah dimasak atau nasi goreng.
  • Pes makanan.
  • Minuman samada bersusu, yg menggunakan jus buah atau tidak.

Senarainya tidak terhad kepada di atas. Anda boleh hubungi kami jika produk yang anda ingin retort bukan seperti di atas.

Tidak. Makanan atau minuman yang diretort tidak perlukan pengawet.

Ini kerana proses meretort telah membunuh mikrob yang merosakkan makanan.

Ya. Makanan yang melalui proses retort yang sempurna selamat untuk dimakan dan tahan sehingga 2 tahun lamanya.

Pouch retort juga tidak bertindakbalas dengan makanan dan haba. Ia lebih selamat dari makanan dalam tin yang mungkin tercemar hanya kerana tin tersebut kemek.

Makanan retort boleh tahan sehingga 2 tahun.

Makanan menjadi rosak disebabkan beberapa faktor. Antara yang utama ialah kehadiran mikrorganisma pada makanan tersebut.

Proses retort menghapuskan semua mikroorganisma yang merosakkan makanan. Ini termasuk mikrob yang sukar dihapuskan dengan teknik pengawetan biasa.

Ketiadaan mikrob di dalam makanan retort menyebabkan makanan di dalam pouch retort boleh bertahan sehingga tempoh masa yang lama.

FAQ Mesin Retort

Mesin retort juga dikenali sebagai “Autoclave” atau “Steriliser” -- sejenis mesin yang mempunyai ruang berbentuk silinder yang mampu dipanaskan sehingga suhu 125 darjah Celsius dan menampung tekanan sehingga 0.2 mpa.

Tekanan ini bersamaan dengan 29 psi dan menghampiri tekanan pada tayar kereta kecil, iaitu 30 psi.

Makanan yang telah diisikan dan di “seal” di dalam “pouch” dan bekas (kaca/aluminum) khas, akan disusun di dalam mesin retort tersebut.

Kombinasi haba dan tekanan yang dihasilkan oleh mesin retort akan membunuh mikrob di dalam makanan sehingga makanan tersebut dan isi di dalam bekas makanan tersebut bebas dari sebarang mikrob.

Ya, ada.

Untuk usahawan kecil, mesin 24 liter contohnya mampu meretort 60 - 70 pouch retort sehari.

Tidak.

Cara pemanasan mesin retort berbeza-berbeza mengikut keperluan.

Secara amnya, terdapat mesin yang menggunakan stim air sahaja dan ada mesin yang menggunakan rendaman atau semburan air sebagai kaedah pemanasan.

Ya. Selain pouch retort, mesin retort juga boleh digunakan untuk meretort produk makanan dalam balang kaca (contohnya sambal).

Harga mesin retort tertakluk kepada spesifikasi dan saiz mesin tersebut.

Ia boleh didapati pada harga serendah RM1,500 bagi unit yang paling asas.

Pihak RetortLab tidak menyewakan mesin retort.

Teknik mengukus hanya meningkatkan suhu sehingga 100 darjah Celcius. Teknik merebus dan menambah garam kepada air rebusan pula hanya meningkatkan suhu kepada 105 darjah Celcius sahaja.

Kedua-dua teknik ini sesuai & memadai untuk beberapa jenis makanan. Tetapi ia tidak membolehkan makanan tahan lama seperti makanan yang melalui proses retort.

Ini kerana teknik rebus & kukus tidak berupaya untuk membunuh semua mikroorganisma yang merosakkan makanan.

Peralatan dapur seperti “pressure cooker” kadangkala digunakan di rumah bagi pengeluaran yang kecil.

Walaubagaimanapun, ada beberapa kelemahan alat tersebut. Antaranya ia tidak dapat memberi bacaan suhu semasa, tidak memberikan kawalan haba yang konsisten dan tidak dapat mengawal tekanan selepas tempoh pensterilan berakhir.

Ini menyukarkan proses retort dijalankan dengan sempurna.

Hasilnya, produk hasil retort menggunakan pressure cooker di rumah cepat rosak dan tidak sesuai untuk dipasarkan untuk perniagaan.

Seperti mesin-mesin lain, ia selamat jika digunakan dengan cara yang betul.