Skip to content

Siapa Kami

Pakar Teknologi Makanan Malaysia

Konsultan kami di RetortLab adalah antara nama yang paling dipercayai & dihormati dalam industri makanan di Malaysia.

Beliau mempunyai kelulusan Master di bidang Food Science & Microbiology dari Glasgow, Scotland manakala pengarah kami berpendidikan dalam bidang Commerce di Sydney, Australia.

ramli man pakar teknologi makanan di dalam kilang makanan dan sedang menyelia pekerja makmal kilang

Bantuan Penuh Dari A Hingga Z

Objektif kami adalah untuk membantu pengusaha makanan berskala kecil dan sederhana (SME) secara menyeluruh.

Kami fokus untuk membimbing anda bermula dari zero sehingga ke tahap berjaya menghasilkan produk retort berskala besar di premis anda sendiri.

Bantuan retort kami adalah komprehensif — bermula dari kelas retort, pembelian mesin yang sesuai, pemasangan mesin di premis, tunjuk ajar mengendalikan mesin di premis anda, sehingga bantuan bersama di kumpulan sokongan Whatsapp.

Untuk usahawan baru, kami juga menyediakan perkhidmatan meretort makanan mereka. Ini membolehkan usahawan kecil menghasilkan jenama sendiri tanpa perlu melabur untuk mesin retort.

40 Tahun Pengalaman Industri Makanan

Pengalaman kami meliputi aspek teori dan praktikal.

Dan interaksi kami dengan pemain industri berskala kecil dan sederhana (SME) milik bumiputera membolehkan kami memberikan solusi khas yang sesuai dengan keperluan anda.

Shahrul Fazli

Director RetortLab Malaysia

Ramli Man

Technical Consultant RetortLab Malaysia