Mesin Retort Kami
Berikut adalah 3 jenis mesin retort makanan untuk usahawan yang ditawarkan oleh RetortLab.

Mesin 24 Liter (Asas)
Mesin retort makanan 24 liter ialah model mini dan paling praktikal dalam katalog kami — direka khas untuk usahawan yang ingin bermula dengan modal rendah, tetapi tetap mahu hasil tahan lama dan berkualiti tinggi.
Ia sering menjadi mesin pertama pilihan ramai pengusaha makanan, termasuk kami di RetortLab, yang turut memulakan operasi dengan mesin ini.
Kerana saiznya yang kompak, kos operasi yang rendah, dan kemudahan penggunaannya, model 24L ini menjadi mesin paling popular dalam kursus dan latihan retort kami di seluruh Malaysia.
Anggaran Kapasiti Retort: 60 -70 pouch sehari / 130 jar kaca.
Mengapa Pilih Model 24L?
- Modal Rendah, Pulangan Tinggi – sesuai untuk memulakan bisnes kecil atau projek R&D.
- Reka Bentuk Kompak – mudah diletakkan di ruang dapur kecil atau makmal pengeluaran.
- Operasi Mudah & Selamat – kawalan digital, sensor automatik dan valve keselamatan terbina.
- Digunakan Dalam Kursus Rasmi RetortLab – mesin latihan rasmi yang terbukti stabil dan tahan lama.
Mengapa Beli Dari Kami?
- PERCUMA - Khidmat nasihat selepas pembelian (bernilai RM 499).
- PERCUMA - Tray bertingkat dan modifikasi utk SME Malaysia.
Spesifikasi Ringkas
- Pemanasan menggunakan stim untuk hasil sekata
- Sesuai untuk produk dalam pouch & balang
- 4 tray bertingkat untuk pengeluaran optimum
- Kawalan digital + sensor paras air automatik
- Valve tekanan keselamatan terbina
- Reka bentuk peredaran haba & air dipertingkatkan
Timer & alarm automatik untuk pemantauan tepat
Mesin 100 Liter
Mesin retort makanan 100 liter ini pula merupakan unit yang sesuai bagi pengeluaran makanan retort dalam kadar sederhana dan pusingan produksi yang cepat.
Ia juga boleh digunakan untuk meretort produk makanan dalam pouch retort & balang kaca.
Anggaran Kapasiti Retort: 400 -500 pouch sehari/ 800 jar kaca.
Spesifikasi Ringkas Mesin Retort 100 Liter
- 2 fungsi pemanasan (stim & rendaman)
- STIM - Pemanasan stim sesuai bagi proses retort pouch makanan.
- RENDAMAN - Pemanasan rendaman (immersion) pula sesuai bagi retort balang kaca dan botol minuman.
- Termasuk bakul, pump air & kompressor.
- Mesin disahkan selamat & diluluskan oleh Department of Health and Safety, Malaysia (DOSH).


Mesin 150 Liter
Mesin retort makanan 150 liter ini adalah unit mesin yang terbesar yang kami tawarkan untuk pengusaha makanan bersaiz sederhana.
Mesin ini bukan sahaja sesuai untuk meretort produk makanan di dalam pouch tetapi juga boleh digunakan untuk meretort produk makanan dalam balang kaca.
Anggaran Kapasiti Retort: 600 -700 pouch sehari/ 1000 jar kaca.
Spesifikasi Ringkas Mesin Retort 150 Liter
- 2 fungsi pemanasan (stim & rendaman)
- STIM - Pemanasan stim sesuai bagi proses retort pouch makanan.
- RENDAMAN - Pemanasan rendaman (immersion) pula sesuai bagi retort balang kaca dan botol minuman.
- Termasuk bakul, pump air & kompressor.
- Mesin disahkan selamat & diluluskan oleh Department of Health and Safety, Malaysia (DOSH).