Skip to content
Home » Blog » Makanan Retort: Pilihan Bijak untuk Kecemasan

Makanan Retort: Pilihan Bijak untuk Kecemasan

Tahukah anda bahawa makanan yang diproses menggunakan kaedah retort boleh bertahan sehingga 2 tahun — tanpa perlu disimpan dalam peti sejuk dan tanpa bahan pengawet?

Inilah sebabnya mengapa makanan retort semakin popular sebagai bekalan kecemasan.

No 5 Terpenting Semasa Bencana

Menurut laman bencana seperti Ready, United Nation dan Red Cross Relief, dalam situasi bencana, makanan termasuk dalam 5 keperluan untuk kelangsungan hidup—selepas udara, tempat perlindungan, dan air bersih.

Dalam situasi seperti banjir besar, gempa bumi, atau gangguan bekalan makanan, anda mungkin tidak dapat keluar membeli makanan segar.

Memastikan anda memiliki stok makanan yang tahan lama, berkhasiat dan mudah disimpan adalah langkah bijak untuk melindungi diri dan keluarga.

Apa Itu Makanan Retort?

makanan retort

Makanan retort ialah makanan yang dimasak dan dibungkus dalam bekas kedap udara (biasanya pouch atau balang kaca) sebelum melalui proses tekanan haba tinggi menggunakan mesin retort.

Proses ini:

  • Membunuh bakteria berbahaya
  • Mengekalkan rasa dan nutrisi
  • Menjadikan makanan tahan hingga 2 tahun
  • Tidak memerlukan peti sejuk

Jenis Makanan Yang Boleh Diretort

Anda mungkin terkejut — tapi sebenarnya hampir semua jenis makanan boleh diretort. Ini termasuklah :

  • Nasi seperti nasi goreng dan nasi ayam
  • Protein seperti ayam, daging dan ikan
  • Sayur-sayuran dalam bentuk berkuah atau bergoreng
  • Minuman
  • Makanan bayi

Makanan ini dibungkus dalam bentuk yang ringan dan mudah dibawa, sesuai untuk disimpan dalam kereta, beg kecemasan atau kabinet rumah.

Dengan ciri-ciri sebegini, tak hairanlah Jepun yang kerap menghadapi bencana gempa, tsunami dan taufan menjadikan makanan retort sebagai makanan asas di sana.

Contoh Produk Retort di Pasaran

brahim food

Di Malaysia, ada beberapa jenama popular yang mungkin anda kenali. Antaranya termasuk:

  • Kembara Meals
  • Brahim’s
  • Bio Haruan

Selain jenama besar ini, ada banyak lagi jenama kecil yang boleh anda jumpa di Shopee.

Boleh Buat Sendiri Di Rumah?

a guy filling his jar with sambal

Ya, kini anda boleh hasilkan makanan retort sendiri di rumah.

Dengan kemajuan teknologi dan mesin retort bersaiz kecil, proses ini menjadi lebih mudah dan mampu milik.

Apa yang anda perlukan hanyalah:

Pilihan Tepat Untuk Para “Preppers”

Bagi anda yang suka bersedia awal atau tergolong dalam kalangan “preppers”, makanan retort memberi banyak kelebihan:

  • Anda boleh hasilkan dan simpan pelbagai menu kegemaran
  • Kurangkan kebergantungan kepada bekalan makanan luar
  • Memberi ketenangan dalam menghadapi sebarang kecemasan

Bayangkan anda mampu menyimpan lauk-pauk tradisional seperti rendang, sambal, kari dan sup — semuanya tahan 1 hingga 2 tahun!

Kesimpulan

Makanan retort bukan sekadar makanan tahan lama. Ia adalah solusi praktikal, selamat dan sesuai untuk:

  • Kecemasan dan persediaan bencana
  • Pendaki, pengembara dan tentera
  • Keluarga besar yang sibuk
  • Usahawan makanan yang ingin luaskan pasaran

Kalau anda berminat untuk belajar hasilkan makanan retort sendiri, banyak kursus dan bengkel kini ditawarkan. Malah anda boleh bermula dari dapur rumah sendiri.

Kami di RetortLab sedia membantu anda di luar sana yg berminat utk belajar tentangnya — dan bersedia menghadapi bencana seperti negara maju lainnya.

Leave a Reply