Ramai yang teruja nak mulakan produk makanan retort sendiri — sama ada sebagai side income, produk jenama sendiri, atau stok simpanan kecemasan.
Tapi di sebalik semangat tinggi, ramai juga terbuat silap.
Ada silap yang nampak kecil tapi beri kesan besar pada kualiti dan keselamatan makanan yang siap diretort.
Ini 4 kesilapan paling biasa — dan cara mudah untuk elakkan dari awal.
1. Lambat Retort Selepas Masak

Kesilapan:
Makanan dimasak awal pagi, tapi hanya diretort tengah hari atau petang.
Apa Yang Berlaku:
Bakteria sempat membiak. Makanan mungkin sudah rosak sebelum retort, walaupun dari mata kasar dan kalau dihidu macam ok.
Cara Elak:
Mula retort makanan dalam masa 4 jam selepas dimasak
Atau simpan dalam peti ais/sejukbeku jika perlu tunggu
2. Salah Pembungkusan
Kesilapan:
Guna pouch yang tak direka untuk suhu retort, atau botol yang tak tahan tekanan. Ada juga yang seal pouch retort dgn cara salah.
Apa Yang Berlaku:
Pouch boleh bocor, meletup atau mengembang selepas proses.
Cara Elak:
- Gunakan retort pouch yang betul (4 lapis)
- Jangan guna pouch ada ziplock
- Kalau guna botol, pastikan penutup sesuai untuk tekanan tinggi
- Belajar cara seal dengan betul
3. Retort Tanpa Log Data
Kesilapan:
Set suhu dan masa ikut rasa tanpa simpan sebarang rekod.
Apa Yang Berlaku:
Tiada rekod jika ada batch yang rosak. Tiada bukti atau kawalan kalau ada aduan atau masalah pada produk.
Cara Elak:
- Catat suhu, tekanan dan masa setiap batch
- Gunakan thermologger atau manual logbook
- Simpan data untuk rujukan audit atau troubleshooting
4. Tak Buat Ujian Simpanan (Shelf Life Test)

Kesilapan:
Anggap selepas retort, semua makanan ini akan tahan 2 tahun.
Apa Yang Berlaku:
Ada pouch yang mula kembang selepas 7 – 14 hari — sbb kesalahan dalam proses retort. Tapi sedihnya sudah berada di tangan pelanggan.
Cara Elak:
- Simpan sample setiap batch dan pantau secara berkala
- Uji di suhu bilik (25–30°C) dan suhu tinggi (40°C) jika boleh
Proses retort memang nampak mudah dari luar — “masak, masuk mesin, siap!”.
Tapi realitinya, setiap langkah sebelum dan selepas retort sangat penting.
Dengan elakkan kesilapan kecil ini:
- Anda jimat masa dan kos
- Produk tahan lebih lama dan selamat
- Jenama anda lebih dipercayai pelanggan
Kalau anda serius nak hasilkan produk retort sendiri, mulakan dengan ilmu dan latihan yang betul. Jimat masa, tenaga dan kos!